Home Berita PAS Terengganu

PKP : 2500 penduduk menerima bantuan BERKAT 3.0 di Bukit Besi

153
SHARE

Oleh : Amiruddin

DUNGUN – Bantuan BERKAT 3.0 yang menyasarkan golongan yang hilang pekerjaan ataupun mereka yang bekerja gaji hari tetapi terjejas pendapatan akibat PKP penuh atau “Lockdown” yang terus dilaksanakan untuk penduduk Bukit Besi.

Hulu Dungun adalah antara kawasan yang diberi tumpuan awal untuk agihan BERKAT 3.0 dan sebanyak 845 bakul makanan asas telah diagihkan secara terus di Kampung Pasir Raja, Kampung Syukur, Kampung Jongok Batu, Kampung Kuala Jengal, Kampung Rantau Panjang, Kampung Minda, Kampung Talong, Kampung Tepus dan Kampung Lentang.

Penyelaras Dun Bukit Besi yang juga Pengarah MTD Bukit Besi berkata “Alhamdulillah dapat juga saya menambah barangan basah sebanyak 845 ekor ikan tongkol untuk diagihkan di kawasan yang terlibat”.

“Kita gunakan kaedah melalui agihan secara terus kerana disini agak sukar untuk penduduk keluar mencari kedai barangan asas dan bekalan barangan juga amat terhad”.

“Kami memberikan sedikit kelainan di kawasan yang mempunyai kemudahan barangan keperluan asas. Dengan pengagihan 1655 kupon yang boleh ditebus di kedai-kedai yang terpilih dengan tujuan dapat meningkatkan ekonomi para peniaga”.

“semoga penerima kupon juga akan dapat mempelbagaikan keperluan asas kerana setiap orang mungkin berbeza keperluan mengikut had harga kupon berkenaan”ujarnya lagi.

#BERKAT3.0
#BukitBesiSejahtera
#TerengganuMajuBerkatSejahtera