Home Berita PAS Kedah

Pelajar terpilih di Pendang terima sumbangan komputer riba

115
SHARE

Oleh TASNIM

PENDANG, 29 Dis – ADUN Tokai, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman menyampaikan sumbangan bantuan komputer riba kepada 12 pelajar yang terpilih, dekat sini, hari ini.

ADUN Tokai yang juga Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan berkata, sumbangan tersebut berupa pemberian komputer riba, setiap seorang.

“Sumbangan ini diberikan kepada 12 orang pelajar yang berkeperluan.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu melancarkan urusan pembelajaran anak-anak di dalam bidang masing-masing”, katanya.