Home Berita PAS Kedah

Pelajar PASTI Al Mubarak sumbang RM800 untuk tabung Aid4Palestine

52
SHARE

OLEH : SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP : Penerangan dan galakan daripada guru-guru PASTI Al Mubarak telah memberi suntikan semangat untuk pelajarnya menabung bagi disumbangkan kepada rakyat  Palestin yang diserang Zionis-Israel dalam perang 11 hari penghujung bulan Ramadan yang lalu.

Sebanyak  RM800 berjaya dikutip hasil sumbangan daripada setiap pelajar sejak bermulanya sesi persekolahan selepas cuti hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

Kempen untuk sumbangan ini adalah arahan daripada PASTI Pusat untuk disumbangkan ke tabung Aid4Palestine disamping penerapan maklumat oleh guru tentang konsep pengorbanan bagi membantu mereka yang ditindas dan dizalimi serta perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

PASTI yang mempunyai seramai 88 orang murid dan lima guru ini turut mendapat sumbangan derma daripada ibubapa  untuk disalurkan ke tabung tersebut.