Home Berita PAS Kedah

Pekerja pembersihan terima sumbangan NGO

144
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN.

PADANG TERAP, 4 Mei : Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap telah mengadakan majlis sumbangan kepada para pekerja syarikat pembersihan di Pekan Kuala Nerang dan Barokhas, di sini.

ADUN Kuala Nerang, Munir Zakaria telah meluangkan kesempatan menyempurnakan serahan sumbangan dan menyampaikan ucapan pada majlis diadakan di premis syarikat terbabit.

“Buatlah kerja dengan penuh keikhlasan serta banyak-banyak bersabar dan berzikir di bulan Ramadhan ini. Dan jangan lupa kewajipan kita kepada Allah sebagai hamba-Nya,” ujar wakil rakyat itu.

Pengerusi Pengerusi Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap, Habibullah Salleh menyatakan harapan agar sumbangan tersebut menggembirakan dan meringankan beban para penerima.

Dua syarikat tersebut iaitu Palas Teguh, Kuala Nerang dan Adamaju, Barokhas masing-masing mempunyai pekerja seramai 32 dan 31 yang disenaraikan menerima sumbangan tersebut.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap, dan Nazri Harun.