Home Berita PAS Kedah

‘Akak hidup lagi ka tok?’

291
SHARE

Oleh WAN AMIRUL

POKOK SENA, 4 Mei : Penderitaan pesakit kanser otak tahap 4, Noraifa Azira Abdul Aziz, 14, mendapat perhatian Skuad Prihatin Kedah dan ADUN Bukit Lada, Salim Mahmood.

“Akak hidup lagi ka Tok?” soalan gadis itu secara tiba-tiba kepada neneknya mengejutkan anggota NGO dan wakil rakyat yang usaha mencurahkan keprihatinan kepada gadis tersebut.

Pertanyaan itu menjadikan bilik yang tempat istirahatnya dicengkam suasana sentap dan sayu, seakan membisikkan jeritan sakit ditanggung kepada hadirin di sekelilingnya.

Noraifa Azira menderitai sakitnya ini sejak enam tahun lalu iaitu ketika berusia 8 tahun dan pelbagai usaha diikhtiarkan ibu bapanya, namun masih belum mendapat penyelesaian.

Kehadiran anggota ziarah wakil rakyat bersama pihak NGO diketuai Timbalan Pengerusi Skuad Prihatin Kedah, Khairul Alizi Baharom ini turut menyampaikan sumbangan.

Selepas mengundur diri dengan kalungan doa buat Noraifa, rombongan ini melangkah lagi menyantuni ziarah lebih 10 asnaf yang lain mengisi keberkatan Ramadhan.

Para dermawan yang prihatin dan ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad 02011010142492 atas nama Skuad Prihatin Kedah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh hubungi +60134044801 (Setiausaha) atau +60194501146 (Bendahari).