Home Artikel PAS Melaka

PASTI Rabiatul Adawiyah Anjur Majlis Anugerah Kecemerlangan

129
SHARE
Pengarah PASTI Negeri Melaka, Ustaz Mohd Shafiq Ismail menyampaikan ucapan perasmian
Mohammed Saufee Othman, Pengurus PASTI Rabiatul Adawiyah

Oleh : Kamil Saufee

PAYA RUMPUT : PASTI merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak dan bukannya agenda politik. PASTI perlu dimasyarakatkan dengan penglibatan pemimpin dan masyarakat tempatan.

Demikian kata Pengurus PASTI Rabiatul Adawiyah, Paya Rumput Bestari, Mohammed Saufee Othman dalam ucapan aluannya pada Majlis Hari Anugerah dan Kecemerlangan PASTI Rabiatul Adawiyah yang diadakan di perkarangan Masjid As-Salihin Paya Rumput pada 16 November lepas.

Menurut beliau, itulah sebabnya pihak pengurusan PASTI menjemput semua pemimpin tempatan tidak kira latar belakang politik untuk sama-sama hadir dalam Majlis ini yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa PASTI tidak terlibat dengan mana-mana agenda politik.

Beliau dalam ucapannya juga turut merayu penglibatan yang lebih aktif dari ibu bapa dalam aktiviti yang diadakan oleh pihak PASTI.

Sementara itu, Pengarah PASTI Negeri Melaka, Ustaz Mohd Shafiq Ismail, dalam ucapan perasmiannya turut menegaskan bahawa PASTI sentiasa terbuka  kepada semua lapisan masyarakat.

“PASTI juga akan sentiasa mempertingkatkan kualiti guru secara berterusan di samping menambahbaik methodologi pengajaran pra sekolah secara holistik dengan teknik-teknik yang bersesuaian dengan syariat Islam” ujar beliau.

Menurut beliau lagi, dengan adanya Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) membolehkan anak-anak PASTI meneruskan kesinambungan pembelajaran yang berteraskan Islam.

Diakhir ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana memilih PASTI sebagai pendidikan awal anak-anak mereka.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah ringkas daripada pendakwah bebas dari Riau iaitu Ustaz Mohd Taufik. Turut hadir ialah YDP PAS Tangga Batu, Haji Bakri Jamaluddin, Ketua UMNO Paya Rumput, Omran Sharif, Sidang Paya Rumput, Mazlan Omar dan Pengerusi Masjid As-Salihin Paya Rumput, Hj. Khalil Bin Hj.Ahmad.