Home Artikel PAS Melaka

PASTI Negeri Melaka Raikan Kontinjen-Kontinjen Alam Ria Peringkat Kebangsaan

120
SHARE

OLEH : ANAS BIN ABDULLAH

AYER KEROH : PASTI Negeri Melaka meraikan kontinjen-kontinjen Alam Ria peringkat kebangsaan di KFC Ayer Keroh Melaka hari ini.

Menurut Setiausaha PASTI Negeri Melaka, Khairul Ekhwan Bin Kamarudin, majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada kontinjen-kontinjen Alam Ria yang telah berlangsung pada 28 September 2019.

Katanya lagi, majlis ini berlangsung dengan jamuan makan dan pemberian hadiah yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Bin Rahudin sebagai tanda menghargai segala usaha dan komitmen yang diberikan.

Tambahannya lagi, Majlis ini juga diraikan dengan pemberian hadiah penghargaan kepada cikgu Noresah Binti Hassan yang telah berkhidmat sebagai guru PASTI di Melaka selama 38 tahun.

Turut hadir bersama Pengarah PASTI Negeri Melaka Ustaz Mohd Syafiq Bin Ismail dan Timbalan Pengarah 3 Zainudin bin Ab Latif.