Home Artikel PAS Johor

PASTI Muar sambut Jubli Perak 25 Tahun

53 views
SHARE

PASTI Muar sambut Jubli Perak 25 Tahun

Oleh: Sharifah Ajil

MUAR: Karnival Jubli Perak 25 Tahun PASTI Kawasan Muar telah disambut meriah dengan kehadiran ramai pengunjung pada majlis yang dilangsungkan di PASTI Hadi, Parit Tarom, di sini kelmarin.

Penganjuran oleh Majlis Guru PASTI Muar dan Dewa Pemuda PAS Muar ini diadakan sebagai merai PASTI Muar khususnya dalam memartabatkan pendidikan Islam selama suku abad penubuhannya.

Ianya juga sebagai menyatakan penghargaan terutama kepada guru-guru yang selama ini merupakan tonggak penting, termasuk para penyumbang dalam pembangunan dan pengurusan PASTI Muar.

Selain pebagai pertandingan dan persembahan daripada murid PASTI daripada 13 Cawangan, turut berlangsung sama acara Muslimat dan Pemuda seperti dekorasi dan gubahan serta sukan.

Menarik juga, rakaman 25 tahun penuh bersejarah dilakarkan itu dapat diimbas seluruh hadirin menerusi pameran khas yang diadakan selain juga banyak gerai dengan pelbagai aneka jualan.

Jasa mereka yang telah menyemai bakti selama ini tempoh tersebut juga dikenang dan hargai menerusi beberapa anugerah disampaikan pihak jawatankuasa diketuai Pengerusi PASTI Muar, Faiz Beran.

Majlis ini dirasmikan Pengarah PASTI Negeri Johor, Mohd Fairuz Alias dan disempurnakan penutupan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Faizal Rizal Abd Hamid.

Hadir sama Yang DiPertua PAS Muar, Abd Aziz Talib dan Adun Sungai Balang, Zaiton Ismail serta Ketua Muslimat PAS Johor, Fatimah Ismail dan Ketua Pemuda Umno, Helmi Abd Latif.