Home Berita PAS Melaka

PASTI HARUN AR RASHID PASTI TERBARU DI MASJID TANAH

1334
SHARE
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Abu Naufal Samsudin bergambar kenangan bersama Guru Besar SRITI/PASTI Harun Ar Rashid, Mohd Taufik Jamil.

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Harun Ar Rashid Kampung Londang menjadi PASTI yang terbaru ditubuhkan di kawasan Masjid Tanah.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Abu Naufal Samsudin, dengan tertubuhnya PASTI Harun Ar Rashid ini telah menjadikan jumlah PASTI yang beroperasi di Masjid Tanah ini sembilan buah PASTI.

Abu Naufal yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah menjelaskan PASTI Harun Ar Rashid ini dibuka bersama-sama dengan SRITI Harun Ar Rashid yang merupakan sekolah rendah Islam lanjutan dari PASTI di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Menurut beliau lagi terdapat peningkatan yang ketara bilangan pelajar yang mendaftar di PASTI pada tahun ini yang meningkat kepada 491 orang tahun ini berbanding 426 orang pelajar pada tahun 2019.

Sementara itu PASTI Ar-Rahman Pengkalan Balak menjadi PASTI dengan bilangan pelajar mendaftar tertinggi iaitu 97 orang pelajar.