Home Artikel PAS Johor

PASTI Al Irfan Sasar Tiga Generasi kepimpinan Teknorat

210 views
SHARE

Pena Tebrau

Tebrau, 15 Feb 2019 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Badan Kepimpinan Murid PASTI Al-Irfan Tebrau bagi sesi 2019 untuk kali ke-3 bertempat di Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid (MTQSIR), Kampung Maju Jaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pesuruhjaya PAS Johor merangkap mantan calon bagi Parlimen Tebrau dan DUN Puteri Wangsa, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin. Disusuli pula dengan pembentangan mengenai Badan Kepimpinan Murid oleh Pengerusi Majlis Guru PASTI Johor, Pn Sutinah Sariman dan seterusnya dirasmikan oleh Timbalan Presiden (4) PASTI Johor, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Adha Sulaiman.

Seramai 219 penerima hadir pada kali ini. Majlis tetap berjalan dengan lancar walaupun mula agak lewat atas beberapa kesilapan teknikal yang berlaku.

Terima kasih diucapkan khususnya kepada Majlis Guru PASTI Kawasan (MGPK) Tebrau dan Unit Badan Kepimpinan Murid PASTI Al-Irfan Tebrau yang banyak membantu dan bertungkus-lumus menjayakan majlis. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada institusi pra-tahfiz Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) khususnya di Tebrau dan umumnya seluruh Malaysia.

#IslamMemimpin
#PASTIPilihanUtama
#MembinaGenerasiBertaqwa