Home Berita PAS Kelantan

Pasar Rakyat Kel-Agro 2.0 lebih meriah

95
SHARE

KOTA BHARU, 27 Mac: Terdapat 21 produk yang ditawarkan dengan harga promosi di Pasar Rakyat KelAgro 2.0, semalam.
Penganjuran kali kedua Pasar Rakyat KelAgro di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV itu lebih mendapat sambutan sangat menggalakkan kerana melibatkan pelbagai agensi seperti
Jabatan Pertanian, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Jabatan Perkhidmatan Verterina, FAMA, Jabatan Perikanan, Bio Tajmeel, Pusat Kesihatan Negeri dan pelbagai lagi syarikat IKS termasuklah produk daripada Perbadanan Kemajuan Pertanianan Negeri Kelantan (PKPNK) iaitu sayuran sawi dan salad hidroponik yang ditanam di Rong Chenok Agro Valley (RCAV).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berterima kasih dan tahniah kepada
PKPNK yang sekali lagi berjaya mengajurkan program ini.
“Program ini akan turut diadakan dari semasa ke semasa dalam membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya.

KelAgro ialah inisiatif Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanianan Negeri Kelantan (PKPNK) bersama agensi yang berkaitan dalam membantu rakyat mendapatkan bekalan harian pada harga yang lebih rendah kerana mendapat subsidi harga daripada Kerajaan Negeri.