Home Berita PAS Kelantan

Pasar Pekan Pulai Chondong dinaik taraf

387
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

MACHANG, 23 Sept: Salah satu projek untuk memajukan Pekan Pulai Chondong adalah dengan menaik taraf pasar seperti yang sedang dilakukan sekarang, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, YB Ustaz Azhar Salleh ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pasar menjadi tempat tumpuan orang ramai maka ia perlu diberi perhatian segera supaya pasar yang dinaik taraf ini dapat memberi manfaat yang besar khusus kepada penduduk sekitar untuk menjalankan aktiviti perniagaan atau sebagainya.