Jerlun – 5 Februari 2021. Kesusahan mahasiswa pasangan kembar berakhir dengan menerima sumbangan komputer riba daripada NGO Jerlun Care dengan kerjasama Pemuda PAS Jerlun.
Pasangan kembar adik Ikhwan Ariff Bin Saad dan Ilmi Ariff bin Saad 19 tahun yang kini sedang menuntut di Politeknik Muadzam Shah dalam jurusan Automotif ini menerima sumbangan komputer riba ini di rumahnya Kg Telaga Batu petang
“kami tersentuh dan sayu apabila dapat bertemu muka dengan pasangan kembar mahasiswa Jerlun ini, dari kecil berkongsi peralatan sehingga ke peringkat sekarang, laptop ini juga mereka akan berkongsi.
Semoga sumbangan Laptop ini dapat memudahkan urusan pembelajaran secara online dan didoakan semoga berjaya dalam pelajaran seterusnya membuktikan Jerlun mempunyai anak muda yang berjaya dan hebat dalam pelbagai bidang.
Kelmarin dan hari ini kami berjaya menyampaikan 2 buah laptop kepada mahasiswa Jerlun yang kurang berkemampuan.
Saya merayu sekiranya ada pihak yang ingin turut menyampaikan sumbangan untuk kami terus menjayakan projek sumbangan kepada pelajar dan mahasiswa Jerlun kategori asnaf dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank | 552068512164 | Tel : 0164448506
Pertubuhan Penyayang Jerlun (Jerlun Care”. Ujar Abdul Hadi Omar Penasihat NGO Jerlun Care merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun ketika ditemui.
“senyuman mereka kepuasan kami”