Home Setiausaha Agung PAS

PAS ucap tahniah perlantikan Timbalan Perdana Menteri

56
SHARE


KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG

PAS UCAP TAHNIAH PERLANTIKAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI

YB. Presiden PAS dan seluruh kepimpinan serta ahli-ahli PAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di atas perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh YAB. Perdana Menteri pada hari ini.

PAS yakin perlantikan YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob adalah amat tepat berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan serta merupakan pemimpin UMNO paling kanan dalam kabinet Kerajaan Perikatan Nasional. PAS yakin beliau akan dapat membantu YAB. Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.

PAS turut mengucapkan tahniah kepada YB. Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri, yang turut dilantik sebagai seorang Menteri Kanan. Beliau yang juga merupakan anggota kanan dalam Kerajaan sebelum ini diyakini mampu berganding tenaga dengan semua Anggota Kabinet yang lain ke arah membawa Malaysia lebih dihormati di peringkat antarangsa.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 07 Julai 2021.

#MalaysiaSejahtera
#MenangBersama
#KerajaanPrihatin
#MalaysiaPrihatin