Home Kenyataan Media PAS Sarawak

PAS Tiada Hubungan dengan UMNO

1064
SHARE

16 Oktober 2017

PAS Sarawak hari ini ingin menegaskan bahawa PAS secara benarnya tiada hubungan dan ikatan bersama UMNO.

PAS konsisten dengan dasar Islam dan akan terus memperjuangkan dasar nya serta tidak akan sama sekali bersama dengan UMNO dalam PRU 14 yang akan datang.

PAS bersama Gagasan Sejahtera yang merupakan Blok ke 3 akan terus memperjuangkan keadilan Islam dan sedia berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 14 yang akan datang.

PAS Sarawak yakin dengan konsistensi PAS dalam perjuangan parti ini yang sudah lebih 20 tahun di Sarawak akan menjadi pilihan baru buat masyarakat Sarawak yang cintakan keadilan dan kesejahteraan.

Muhammad Afiq Mhd Khazar
Ketua Penerangan PAS Sarawak