Home Berita PAS Wilayah

Karnival Kesihatan PAS Titiwangsa Meriah

1031
SHARE

KUALA LUMPUR , 15 Oktober 2017:  Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menganjurkan Karnival Kesihatan di Jalan Hamzah, Kg Baru. Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi, pertandingan mewarna dan melukis, gubahan tuala, sukaneka, busking dan cabutan bertuah.

Karnival ini mendapat sambutan hangat daripada lapisan penduduk setempat. Karnival ini turut dimeriahkan dengan penglibatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tn Hj Mohamad Noor Mohamad dan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh.

“Kg. Baru merupakan sebuah perkampungan di tengah-tengah Lembah Klang. Namun demikian, suasana desa ini saban hari semakin tenggelam, lantaran pembangunan pesat dijalankan di sini. Bangunan pencakar langit sangat deras membangun dan mengambil alih tapak-tapak niaga serta penempatan orang Melayu. Kita risau jika suatu hari nanti, “perkampungan” Kg. Baru akan hilang dari peta ibu negara” ujar Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Ustazah Nuridah berkata: “Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penganjuran karnival ini dan saya amat terharu dengan sambutan penduduk yang di luar jangkaan sekali pun PAS difitnah dengan berbagai perkara. Kehadiran mereka membuktikan bahawa fitnah tersebut tidak mengurangkan sokongan masyarakat kepada PAS.”

Penglibatan penduduk setempat yang sangat memberansangkan dalam program-program anjuran PAS mutakhir ini jelas menunjukkan sokongan padu mereka terhadap PAS. Tambahan pula pertambahan ahli PAS yang diumumkan kelmarin sebanyak 36,301 dari Januari hingga Oktober 2017 merupakan sokongan dan keyakinan pelbagai lapisan masyarakat terhadap PAS.

Sudah tiba masanya baton kepimpinan negara diserahkan kepada pemerintah berjiwa Rabbani. Rakyat terkapai-kapai seakan lemas dalam lautan hedonisme dan nasionalisme. Justeru, PAS yang terus teguh dengan prinsip Sejahtera Bersama Islam  akan terus memperjuangkan hak dan keadilan masyarakat.

#SejahteraBersamaIslam

#AnakMudaSokongPAS