Home Berita PAS Johor

PAS Tenggara Raikan Perlawanan Akhir Bersama Peminat JDT

1183
SHARE

BANDAR TENGGARA – Pas Kawasan Tenggara mengedarkan 500 bekas dadih kepada peminat-peminat JDT dan Kedah disini bagi meraikan kegembiraan sempena perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017 pada 4 November lalu.

Program yang mengambil masa 3 jam itu dibahagikan kepada 3 kumpulan yang ketuai
Penyelia pusat aduan rakyat Parlimen Tenggara, Puan Yuhanita Yunan, YDP Pas Kawasan Lt.Kol (B) Hj Mohd Nazari dan Tuan Bahrin bin Alias selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pasir Raja.

Selain itu, sebanyak 100 naskah harakah turut diedarkan dengan konsep 1 meja 1 harakah. Sambutan sangat mengalakkan apabila pihak penganjur telah mendapat 500 penyertaan cabutan bertuah.

Malah, hadiah wang tunai RM100, RM50 dan RM30 turut disediakan bagi para pemenang. Pengumuman mengenai pemenang dimuatnaik melalui Video Live di laman Facebook Rasmi PAS Kawasan Tenggara selepas tamat perlawanan Final Piala Malaysia yang menyaksikan JDT menjadi juara dengan jaringan 2-0.