Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ziarah Medik Prihatin Rawatan Fisioterapi Adik Ain

1150
SHARE

Kota Damansara, 8 November 2017 : Hasil daripada ziarah rutin melalui program Ziarah Kasih Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang (DMPKS) yang lalu, melalui maklumat dari peduduk setempat, DMPKS telah dimaklumkan bahawa salah seorang anak kepada jiran mereka mungkin lebih memerlukan perhatian dan bantuan. DMPKS telahpun menziarahi beliau iaitu Adik Ain, seorang remaja berumur 15 tahun. Adik Ain mengalami masalah kesukaran untuk berjalan disebabkan mengalami otot yang lemah dan kurang keseimbangan. Adik Ain mengalami masalah ini semenjak beliau berumur 2 tahun di mana pada ketika itu beliau mengalami demam panas.

Sedikit latarbelakang yang dapat dikongsikan ialah, adik Ain selama ini gagal mendapat rawatan kerana masalah kewangan dan masalah keluarga. Tanggungjawab keluarga hanya terletak di bahu ibunya yang juga merupakan ibu tunggal. Berikutan itu juga, Adik Ain terpaksa berhenti sekolah kerana kesukaran untuk meneruskan ke sekolah pendidikan khas yang mana memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

Susulan daripada itu, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM), mengambil inisiatif untuk membuat rawatan fisioterapi kepada Adik Ain. Hari ini merupakan rawatan fisioterapi yang pertama. In shaa Allah, beberapa sesi rawatan lagi akan diteruskan.

Skuad Prihatin LKK DMPM sangat berharap, dengan sedikit usaha melalui rawatan fisioterapi ini, akan dapat membantu Adik Ain untuk berjalan, kerana peluang untuk beliau berjalan masih cerah. Selebihnya, kita berdoa pada Allah, semoga dari asbab usaha kecil ini memberi sinar bahagia buat Adik Ain.

Kepada yang ingin bersama-sama membantu Adik Ain sekeluarga, LKK DMPM sentiasa membuka ruang dan mengalu-alukan niat murni para dermawan untuk menyumbang bagi mengurangkan bebanan yang dilalui Adik Ain dan keluarganya. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

? Dewan Muslimat PAS Pusat :
? MAYBANK: 5640 2540 0711

? SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

? Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan