Home Berita PAS Johor

PAS Tebrau santuni masyarakat Cina

167
SHARE

Oleh : Siti Nur Aisyah Az Zahra

Tebrau, 14 Feb : Dewan ‘Ulamak, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan, Kelab Kebajikan Anak Tebrau dan Majlis Guru PASTI Kawasan Tebrau mengedarkan kuih bahulu dan buah limau kepada masyarakat Cina di sekitar Taman Kota Masai kelmarin.

Edaran ini bertujuan untuk meraikan masyarakat Cina yang sedang menyambut perayaan Tahun Baru Cina di samping beramah mesra dan mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di Tebrau.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Muhammad Faiz Khalid menyatakan konsep perpaduan masyarakat majmuk dan madani perlu dalam hidup bermasyarakat dan bertamadun. Dalam kepelbagaian agama, budaya dan bangsa yang berbeza namun kita tetap bersatu atas konsep kemanusiaan.

Pada masa yang sama, masyarakat Cina yang menerima kunjungan ini mengucapkan terima kasih dan kagum dengan PAS Kawasan Tebrau yang turut sama meraikan kegembiraan mereka.


Rombongan yang diketuai Ustaz Faiz turut dihadiri guru PASTI Norhayati Jamaludin dan Rina Jumahat, Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan, Rozie Kuta Abdullah, Naib Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau, Ustazah Aliya Nurdina Jamaludin dan Ketua Muslimat PAS Cawangan Taman Kota Masai 1, Musridawati Mursyid.