Home Berita PAS Kedah

YB menyantuni serta menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peniaga dan pengunjung

185
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 14 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB Haji Azhar Ibrahim hadir ke tapak pasar hari (Nat) Ayer Hitam bagi menyantuni dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peniaga dan pengunjung Jualan Hari Keluarga Malaysia, baru-baru ini.

YB Haji Azhar Ibrahim berkata jualan Hari Keluarga Malaysia peringkat Parlimen Jerlun ini diadakan selama dua hari pada 10 dan 11 Februari bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah diatas kejayaan dalam menjayakan program ini. Tahniah juga diucapkan kepada pemenang hadiah cabutan bertuah.

“Program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Yb turut mencuba sendiri membuat kuih tradisional yang terkenal di kedah iaitu kuih loyang  di tapak jualan kuih tersebut.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Ayer Hitam, Abdul Hadi Omar.