Home Berita PAS Johor

PAS Tebrau Anjur Dialog Dokumen Hijau dan WINS

1481
SHARE

TAMAN KOTA MASAI– Dialog Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 telah dijayakan pada 27 Oktober 2017 bermula pukul 9.00 hingga 11.30 malam di Balai Tok Guru Nik Aziz, PAS cawangan Taman Kota Masai (1).

Panel Jemputan Dialog ini, Ust Zaharuddin Muhammad, AJK Jabatan Penyelidikan PAS (JPP) Pusat telah memberi penerangan tentang Dokumen Hijau yang merangkumi tiga perkara iaitu cukai, matawang, dan rumah. Penerangan dan huraian dialog lebih tertumpu kepada cara agihan cukai menurut Islam untuk mengurangkan kos hidup rakyat dan menaikkan kuasa pembeli.

Tambahan pula, cukai hanya dikenakan kepada orang-orang kaya, tidak kepada orang-orang miskin kerana mereka adalah penerima. Menurut Ust Zaharuddin lagi “asas ekonomi ada empat iaitu _demand, power of demand, supply_, dan _power of supply_”.

Dialog ini telah dihadiri oleh masyarakat setempat, ahli dan AJK PAS di peringkat cawangan dan kawasan Tebrau. Semoga dialog yang julung kalinya diadakan ini dapat membuka minda masyarakat dan mendapat pencerahan yang lebih jelas tentang hala tuju dan matlamat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk rakyat negara ini.