Oleh : Kamil Saufee
TANGGA BATU : PAS Tangga Batu hari ini meneruskan semula ‘Program Bantuan Ramadan 2020’ selepas ia ditangguhkan bagi memberi laluan kepada ‘Program Edaran Kurma’ untuk amilin PAS yang berjalan pada minggu lepas.
Program bantuan kali ini yang dipanggil ‘Sumbangan Juadah Iftar Kasih Sayang’ mensasarkan golongan asnaf di DUN Pantai Kundor dan DUN Paya Rumput. Sumbangan pada kali ini adalah berbentuk makanan siap dimasak iaitu nasi dagang dan nasi tomato.
Program ini yang sama ini akan dijalankan pula di DUN Sungai Udang dan Klebang pada masa akan datang di samping program-program ‘Ziarah As-Sabiqun’, ‘Kit Ramadan’ dan ‘Bubur Lambuk Frontliners’ yang akan menyusul.