Home Berita PAS Sabah

PAS teruskan misi Semarak Kasih Ramadhan pasca Covid-19

910
SHARE

Oleh : Juliana Hamid

4  MEI 2020

KUNAK: PAS Kunak meneruskan misi menyalurkan sumbangan bahan mentah kepada golongan asnaf di sekitar Daerah Kunak sepanjang bulan ramadhan secara berperingkat bermula pada 30 April 2020 hingga 3 Mei 2020.

Seramai 22 buah keluarga asnaf sekitar Kampung Ulu Lormalong, Kampung Dasar Baru, Kampung Ulu Madai, Kampung Jaya Baru dan Kampung Pangkalan telah menerima sumbangan di kediaman masing-masing.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Silam, Ramli Pataruddin.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk saling tolong-menolong dan meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, kaum dan warga kulit,” katanya.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Semoga Allah SWT membalasnya dengan pahala yang berganda,” tambahnya lagi.

Sumbangan ini diagihkan secara berperingkat sepanjang bulan ramadhan kerana mematuhi garis panduan memberi sumbangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan pergerakan keluar rumah sekaligus memutuskan rantaian COVID-19.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak JKM Daerah Kunak atas kerjasama dan komitmen yang diberikan untuk membenarkan PAS Kunak terlibat dalam misi ‘Semarak Kasih Ramadhan Pasca Covid-19’ ini.

Turut hadir menjayakan misi ini ialah Timbalan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Silam (TLKK), Sharmilah Abbas dan Ketua Pemuda (KP) PAS Cawangan Pekan Kunak, Ardie Kamare.