Home Berita PAS Terengganu

PAS tak terkesan

89
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS tidak terkesan dengan sebarang komen dan tohmahan berkenaan yang dibuat oleh Umno dalam Persidangan Agung mereka berakhir semalam.

Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, malah ia adalah perkara biasa kepada parti itu mencari kesalahan dari pihak lawan.

“Kita tidak terkesan dengan apa yang disebutkan oleh Ketua Puteri Umno yang menyatakan Selamat Tinggal PAS dalam Persidangan Umno sebab kita (PAS) berjuang sejak tahun 1959.

“Sejak PAS ditubuhkan sampai sekarang alhamdulillah dan sebelum ini kita terbukti bahawa parti-parti lain yang hilang satu persatu tapi PAS tetap ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program keraian para petugas program di sebuah restoran, dekat Wakaf Beruas, pada Khamis, 17 Mac yang lalu.

Menurutnya, Allah SWT berjanji bahawa sesiapa yang nak mempertahankan Islam akan diberikan perlindungan olehNya.

“Ada kalangan kita ahli yang setia dan kita ada pimpinan yang memang betul-betul jaga Islam,” ujarnya.

Sementara itu, tegasnya, Muslimat PAS Terengganu sentiasa bersiap siaga menerima arahan daripada pimpinan atasan.

“Kita nak memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (MN) memang yang menjadi kita setiap perjuangan ini.

“Sebab untuk Islam orang-orang melayu menjadi tonggak Islam sebuah kerajaan yang Islam. Insya Allah.

“Di samping itu kita akan mempersiapkan diri memperkuatkan dalaman sama-sama anggota PAS,” katanya

Beliau menambah, semua jentera parti diarahkan bersiap sedia dengan bilik gerakan yang sentiasa beroperasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum(PRU) makin hampir.

“Tapi yang paling penting sekali kita pilih kawan bukan kerana nak menang, bukan kerana nak puji tetapi kerana Allah SWT.

“Kita pilih orang yang jujur dan tidak mengkhianati kita dan sebagainya,” tambah Zarani lagi.