Home Berita PAS Melaka

PAS Sungai Siput sumbang komputer riba bantu pelajar pintar kurang berkemampuan

117
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 3 Okt: Ketua Cawangan PAS Sungai Siput, Asri Shaik Abdul Aziz berkata sumbangan komputer riba dan mesin pencetak yang diberikan kepada adik Nureen Qashreena Mohd Faizal, 13, adalah untuk membantunya meneruskan persekolahan dengan selesa.

“Daripada maklumat yang kita dapat adik Nureen ni seorang pelajar pintar dan bijak. Malah beliau terpaksa menolak tawaran ke MRSM Mersing dan Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi Jempol kerana kurang kemampuan.

“Adik ni sekarang ni belajar di SMK Lubok China. Kita harap dengan sumbangan ni dapat memberi semangat kepada adik Nureen untuk terus cemerlang walau pun bersekolah di sekolah kampung,” ujar beliau.

Menurut Asri, PAS Cawangan Sungai Siput mendapat maklumat tentang situasi adik Nureen melalui beberapa siri ziarah kasih yang dilakukan oleh pihak PAS cawangan sebelum ini.

“Kita pernah datang ziarah dulu (rumah adik Nureen). Bila kita tanya pembelajaran secara online dia dapat ikuti atau tidak, dia kata agak ketinggalan kerana tak ada laptop. Jadi kita usahakan.

“Alhamdulillah kita dapat kumpul sumbangan daripada orang ramai yang sudi menyumbangkan untuk membeli laptop ni untuk kita bagi pada adik Nureen. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada penyumbang-penyumbang ini.

“Ibu bapanya (adik Nureen) dah berpisah dan sekarang Nureen tinggal bersama ibunya yang mengusahakan perniagaan membuat kuih raya secara kecil-kecilan,” ujar beliau.

Asri yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan perkara ini kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai program ziarah kasih PAS Cawangan Sungai Siput di kampung ini dan juga di Kampung Sungai Jernih, di sini, pagi tadi.

Dalam program yang sama dua buah rumah telah dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan makanan melibatkan penerima daripada golongan warga emas dan kurang berkemampuan.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.