Home Berita PAS Sarawak

PAS Sumbang Sistem Siar Raya Surau Di Beting Maro

166
SHARE

OLEH : HASRINA ASRI

Beting Maro, 9 November 2021 – PAS telah menyumbang sebuah sistem siar raya di surau Kampung Sri Bunian, Spinang Rabu lalu.

Sumbangan ini merupakan satu inisiatif daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) di bawah Projek Prihatin Sarawak 6.0 bagi menggantikan sistem siar raya surau sedia ada yang telah rosak.

Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Penyelaras DUN Beting Maro, Arifiazul Paijo dan disertai oleh AJK PAS Sarawak Syamsul Bahrie, Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPNS, Dayangku Huda Ahmad dan Ketua Muslimat PAS Beting Maro, Mahani Mumtaz.

Pengerusi Surau Kampung Sri Spinang, Ayu bin Narawi ketika ditemui berkata beliau sangat bersyukur kerana kini surau mendapat sistem siar raya yang baharu dan memudahkan lagi aktiviti di surau berkenaan.

“Surau merupakan tempat bagi mengerjakan ibadah terutamanya solat berjemaah di samping dapat mengukuhkan ukhuwah Islamiyyah. Kita harap para jemaah masih tetap mematuhi Standard Operating Prosedur(SOP) semasa melakukan ibadah memandangankan Sarawak masih dalam Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara,” ujar Arif.