Home Berita PAS Sarawak

PAS Beting Maro Bantu Biaya Pembedahan Penduduk Semarang

241
SHARE

OLEH : HASRINA ASRI

Beting Maro, 9 November 2021 – PAS Beting Maro tampil menghulurkan sumbangan membiayai baki kos pembedahan tulang belakang Raodah Mos di Kampung Semarang Rabu lalu.

Sumbangan anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) melalui Projek Prihatin Sarawak 6.0 merupakan inisiatif murni bagi meringankan beban Raodah yang ketika ini sedang mengalami Left N5 Nerve Root Infigement dan dijangka akan menjalani pembedahan dalam masa yang terdekat.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Penyelaras DUN Beting Maro Arifiazul Paijo bersama AJK PAS Beting Maro kepada Raodah semalam.

PAS Beting Maro menghargai semua pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung sekaligus mengharapkan Allah memberi kesembuhan buat Roadah serta dilancarkan urusan pembedahan tersebut.