Home Rencana PAS Pahang

Lipis wajar jadi destinasi pelancongan warisan negara yang baharu

125
SHARE

Oleh: ZULHILMI ABU BAKAR

Lipis pernah menjadi ibu negeri Pahang selama 55 tahun iaitu sekitar tahun 1898 hingga 1953. Sehingga kini populasi penduduk Lipis telah meningkat dari 94,400 orang seperti yang direkodkan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2014 kepada 106,814 orang seperti yang terkini direkodkan di Pejabat Daerah Lipis.

Melihat kepada populasi penduduk yang semangkin meningkat ini, PAS Kawasan Lipis merasakan perlunya tindakan untuk pembangunan pelbagai sektor dan peluang pekerjaan kepada penduduk yang selaras dengan peningkatan jumlah tersebut.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Lipis, Zulfahmi Mohamed mengatakan, “merujuk kepada kertas kerja yang ditulis oleh Siti Norsakira Mohamed dan Rosniza Aznie Che Rose dari Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk Potensi Bandar Kuala Lipis Sebagai Destinasi Pelancongan Warisan, adalah dirasakan sudah tiba masanya Lipis kembali digemburkan dengan perkembangan ekonomi yang pesat.

Beliau menyatakan hal ini selaras dengan usul pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lipis yang lalu.

Untuk menjadikan daerah Lipis sebagai lokasi pelancongan baharu negara, ia memerlukan dokongan dari pelbagai pihak bermula dari pihak berkuasa tempatan, setiap Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen, kerajaan negeri hinggalah kepada kementerian yang berkaitan.

Masyarakat Lipis juga tidak terkecuali bagi memastikan hasrat besar ini berjaya dicapai.

Sekiranya perkara ini berjaya dilaksanakan tentunya penghijrahan generasi kedua dari kampung-kampung melayu tradisional dan Felda yang berada di Lipis dapat dikurangkan, seterusnya dapat mengelakkan kampung-kampung ini terus sunyi dan semakin mati.

Hasil tinjaun juga mendapati wujud beberapa sekolah di sekitar daerah Lipis yang semakin kekurangan murid akibat dari penghijrahan anak muda ke kota atau bandar besar. Paling malang, apabila terdapat penjualan tanah pusaka keluarga dengan alasan faktor ketidakmampuan untuk menguruskannya.

Perkara ini dilihat kurang sihat kerana melupuskan warisan pusaka dengan tukaran wang yang tentunya akan habis.

Di atas kesedaran ini pihak PAS Kawasan Lipis menggesa agar usaha untuk menjadikan Lipis sebagai destinasi pelancongan baharu negera perlulah disegerakan.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::