Home Artikel PAS Melaka

PAS Solok Gaung Santuni Penduduk Setempat.

395 views
SHARE

BUKIT KATIL, 10 Jun – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, PAS Cawangan Solok Gaung mengambil kesempatan menyantuni penduduk sekitar Kampung Solok Gaung, Bukit Lintang. Program tersebut yang bermula pada jam 10 pagi melibatkan AJK PAS Cawangan Bukit Lintang, antaranya Haji Mohd Diah Abdul dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil, Puan Hajah Hawa Ya’akub serta Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Katil, Dr Khatijah Jumangat.

Sebanyak 110 kampit beras bersama barang keperluan rumah yang lain telah berjaya diedarkan. Rata-rata penduduk yang menerima sumbangan tersebut memberikan respon positif. 

Pihak penganjur optimis program tersebut bukan sahaja dapat meringankan beban penduduk sekitar, malah dapat menyampaikan mesej dakwah yang jelas bahawa PAS bukanlah parti politik semata-mata.

{jathumbnail off}