Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Berjalan Tanpa Henti Demi Redha Ilahi

1453
SHARE

10 Jun 2017, Bintulu: Kini Semarak Kasih Ramadhan meneruskan langkah dan melebarkan sayapnya hingga ke seberang laut China Selatan di Bumi Kenyalang. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) atau nama lainnya ‘Skuad Prihatin’ memilih kawasan Bintulu untuk diziarahi pada Ramadhan kali ini.

Menariknya program Semarak Ramadhan di Bintulu pada hari ini, ianya dihadiri dan diketuai oleh Pengerusi LKK DMPM sendiri iaitu Dr. ‘Uyun Abd Malek. Turut hadir mengiringi Dr. ‘Uyun ialah Ketua LKK Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Sarawak Puan Habsah Bujang yang juga datang menaiki pesawat dari Kuching Sarawak.

Bersama-sama rombongan Skuad Prihatin ini ialah Ketua LKK DMP Kawasan Bintulu (DMPKB), Dr. Nurdya Fatiha beserta ahli-ahli lajnah dan Muslimat DMPKB.

Sumbangan berupa barang-barang keperluan dapur seperti beras, gula, tepung, minyak dan sebagainya serta sedikit wang tunai telah diserahkan kepada 10 keluarga yang terdiri daripada golongan miskin, warga tua, Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga ibu tunggal. Ziarah ini telah melibatkan 10 buah rumah di sekitar Kampung Jepak dan Kampung Baru di Bintulu Sarawak.

Biarpun jauh merentasi laut China Selatan, namun ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat Pengerusi LKK DMPM. Perasaan yang sama juga turut dirasi oleh Ketua LKK DMPKB Dr. Nurdya. Menurut beliau, pengalaman dan perasaan menghadiri program di sini tentu sekali amat menyeronokkan kerana berpeluang membantu mereka yang memerlukan di samping ianya banyak mengajar diri untuk merasa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.

Sudah tentu juga, para dermawan yang telah menyalurkan sumbangan untuk program Semarak Kasih Ramadhan ini juga turut terkesan dengan apa yang dirasai oleh beliau.

Justeru itu, andai masih ada yang sudi ingin menyumbang untuk program Semarak Kasih Ramadhan ini, masih belum terlambat untuk kita merebut peluang menempah nama untuk saham akhirat dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 – Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Jazakumullah Khair Katheera.

Siiru ‘ala Barakatillah.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Muslimat Memacu Kemenangan”

 

{jathumbnail off}