SIK, 26 Dis – PAS Sik melalui Khidmat Malaysia PAS Kawasan Sik melancarkan bantuan bencana banjir ke Selangor, pagi ini.
Pelepasan misi bantuan banjir itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, merangkap ADUN Jeneri di Kompleks PAS Kawasan Sik.
Dalam perkembangan yang sama, PAS Kawasan Sik melalui Khidmat Malaysia Kawasan telah membuka kutipan sumbangan banjir berupa bantuan kewangan, barangan keperluan dan tenaga sukarelawan, Isnin lalu.
Hadir sama Ahli Parlimen Sik, YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman merangkap Timbalan YDP Pas Kawasan Sik.