Home Berita PAS Kedah

PAS Padang Terap turun bantu mangsa banjir di Selangor

91
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG,26 DIS – PAS Padang Terap diketuai Yang Dipertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz bergerak ke Selangor dalam misi bantuan banjir, malam semalam.

YDP dan JPrD Kuala Nerang turut menyahut seruan PAS Kedah bagi menghantar jentera untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohamad Yusof Zakaria dan seramai 18 orang ahli jawatankuasa JPrD Kuala Nerang turut serta dalam ops misi bantuan tersebut.

Harapan Ydp moga Allah permudahkan segala urusan dalam ops misi bantuan kali ini dan sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah hendaknya.

Manakala team JPrD Pedu yang di ketuai oleh YB Hj Mohd Radzi Md Amin juga turut serta dan telah bertolak lebih awal ke Selangor bagi ops membantu mangsa banjir di sana.