Home Berita PAS Sarawak

PAS Sibuti Santuni Ketua Kampung Kelapa, Bekenu

1293
SHARE

Ahad, 11 Jun 2017 bertempat di Kg Kelapa, Bekenu, PAS Kawasan Sibuti telah mengambil langkah pro aktif untuk menziarahi Ketua Kampung Kelapa yang sedang sakit yang agak serius.

En Kasim yang merupakan Ketua Kg Kelapa telah di serang sakit yang serius sehingga tidak dapat bergerak dan terpaksa di bantu oleh anak- anaknya.

PAS Sibuti di hadiri oleh Sdr Arifiriazul Paijo, Ketua Pemuda PAS Sarawak, Sdr Rosman, Setiausaha PAS Sibuti dan AJK PAS Kawasan Sibuti.

PAS Sibuti membacakan doa dan memohon agar Allah memberikan kesembuhan kepada En Kasim. Sumbangan telah disampaikan oleh Sdr Rosman selaku Setiausaha PAS Sibuti.

Sejahtera Bersama Islam

Butir bin Bakar
Yang Dipertua PAS Kawasan Sibuti

 

{jathumbnail off}