Oleh: Asrinah Datu Robinson
27 Mac 2025
SEMPORNA: PAS Kawasan Semporna meraikan dan iftar bersama 30 orang anak yatim Pondok Anak-anak Yatim Ummi di Kampung Bukit Lalang di sini, baru-baru ini.
Pelbagai acara menarik dilaksanakan antaranya ialah kuiz serta menyediakan juadah iftar bersama.
Sebelum berbuka, turut diadakan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Jalal Ujoh.
Beliau berpesan untuk memanfaatkan dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.
“Semoga Allah beri rezeki buat kita semua bertemu dengan malam lailatulqadar serta dapat pengampunan dari Dia,” katanya semasa majlis.
Sementara itu, wakil pengasas pondok, Fatimah Syajahan mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Semporna kerana selama 4 tahun berturut-turut mengunjungi tempat tersebut.
Turut hadir Ketua Biro Kebajikan dan Keprihatinan PAS Semporna, Razis Asparin, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS kawasan, Muhammad Huzaini serta Afiqah Adam.