Home Berita PAS Sarawak

Jejak Fakir : PAS Bantu Penduduk Sebuyau

397
SHARE

Oleh : Wanee Doni

Batang Lupar, 27 Disember : Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan(LKK) PAS Sarawak selesai menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada 50 keluarga dalam misi Jelajah Kasih Jejak Fakir di Dun Sebuyau.

 

 

Program yang dijalankan dengan kerjasama PAS Batang Lupar mensasarkan golongan warga emas, sakit, fakir dan orang kurang upaya yang memerlukan bantuan.

Turut hadir dalam menjayakan program ini Ketua LKK PAS Sarawak Morshidi Hassan, Timbalan Ketua LKK Habsah Bujang dan Ketua Dewan Pemuda Batang Lupar Wan Mohd Hanif Saifuddin Wan Ahmad serta petugas PAS Sarawak.

Menurut Morshidi, LKK PAS Sarawak hari ini turun padang membantu golongan susah di Dun Sebuyau yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan dan bekerja sendiri.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan melalui akaun 11013010023984 Bank Islam atas nama Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak.