Home Berita PAS Johor

PAS Pulai Bersama MIC Rai Masyarakat India

992
SHARE

PAS Pulai Bersama MIC Rai Masyarakat India

Oleh : Nurul Fatin

JOHOR BHARU: Sempena perayaan Deepavali yang bakal berlangsung beberapa hari lagi, PAS Kawasan Pulai mengambil langkah mendekati masyarakat kaum India di Parlimen Pulai.

Buat julung kalinya PAS Kawasan Pulai secara terus mengadakan hubungan baik dgn MIC Bahagian Pulai sebagai rakan Politik yang merupakan salah satu komponen dalam Barisan Nasional.

Program yang dijalankan di dalam Bangunan MIC Johor ini meraikan seramai 50 orang penerima sumbangan di kalangan masyarakat india. PAS Kawasan Pulai turut menyumbang sebanyak 15 kotak sumbangan untuk diagihkan kepada penerima.

Program ini dihadiri YDP PAS Kawasan Pulai En Dzulkifli Bin Suleiman,
Ketua Muslimat Kawasan Pulai Cik Nurul Ashikin Aris, dan beberapa AJK PAS Kawasan Pulai dan turut menghadiri Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Cik Kumutha Raman, dan Mantan ADUN Kempas Dato’ Tengku Putra Haron, manakala MIC Diwakili Yb R.Vidyanathan Pengerusi MIC Johor merangkap ADUN Kahang dan Pengerusi MIC Bahagian Pulai Kapten Ragu merangkap Setiausaha Kerja MIC Johor.

Program yang berjalan pada Ahad lepas menerima maklum positif daripada penerima sumbangan yang berkongsi rasa gembira dengan bantuan yang diberikan, selain itu mereka turut menyatakan berasa kagum dengan PAS sebagai Parti Politik yang meraikan pelbagai kaum.