Home Artikel PAS Selangor

Sekretariat Penerangan PAS Selangor Membuat Laporan Polis Terhadap Isu Komik Kontroversi

50 views
SHARE

Alhamdulillah telah selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam berhubung isu Komik Kontraversi yang mengelirukan tentang fakta sejarah negara yang diedar di sekolah-sekolah. Bagi pihak PAS Selangor, ia tidak sesuai dan bercanggah dengan fakta sebenar. Lagi malang ia diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah di negara ini.

Sekretariat Penerangan PAS Selangor mengucapkan jutaan kasih kepada Ustaz Hanafi (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor), Ustazah Wan Hasrina (Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor), Puan Fairuz (Pengerusi Luham PAS Selangor), Puan Azlin (Penolong Setiausaha PAS Selangor), Puan Suhaila (Ketua Penerangan Wanita Umno Negeri Selangor), wakil-wakil daripada NGO Ummah Selangor, Geng Ustaz dan semua yang hadir. Kehadiran amat bermakna dan sokongan yang berterusan akan menjadi pemangkin kepada isu ini.

Semoga pihak berwajib mengambil tindakan tegas ke atas dalang isu penyebaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.