Home Artikel PAS Sarawak

PAS Prihatin: Sekampit Beras Buat Saudaraku.

301
SHARE

Oleh: Nurazieun Abdullah

Kuching, 5 Julai – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) bersama LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan Petrajaya (DMPKPJ) telah selesai menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada beberapa buah keluarga di sekitar kawasan Petrajaya semalam.

Kebanyakan penerima adalah terdiri daripada golongan MOSWAY iaitu, miskin, OKU, sakit, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.

Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS), Puan Habsah Bujang yang berupa sekampit beras 10kg dan beberapa kit barangan keperluan asas yang lain.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, aktiviti sumbangan ini merupakan sebuah inisiatif LKK DMPN Sarawak untuk membantu meringankan beban masyarakat yang terjejas di sekitar kawasan Petrajaya.