Home Artikel PAS Sabah

JAM Silam Pantau Pembukaan Semula PASTI

338
SHARE

Oleh : Nurul Syakinah Syaning
07 Julai 2020

LAHAD DATU : Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Silam telah membuat pantauan menyeluruh terhadap pembukaan & pengoperasian semula Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Lahad Datu, pagi tadi.

Seperti yang kita sedia maklum, semua tadika dan prasekolah telah dibenarkan beroperasi semula pada 1 Julai 2020 oleh kerajaan Malaysia dengan mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan.

Oleh itu, enam orang petugas JAM Silam telah turun untuk memantau serta memastikan agar semua PASTI telah mengikuti dan mematuhi semua garis panduan pembukaan prasekolah.

Sebanyak empat buah PASTI telah dipantau dari seawal jam 6.00 pagi sehingga 1.00 petang iaitu PASTI al-Falah, PASTI an-Najah, PASTI al-Hidayah dan PASTI al-Fateh.

Komandan JAM Silam, Nizam Latuah turut memberi sedikit peringatan kepada guru-guru PASTI berkaitan garis panduan yang perlu dipatuhi.

Katanya, “guru-guru haruslah sentiasa memastikan keselamatan murid PASTI dan menjaga kebersihan pada setiap masa”.

Menariknya, ini adalah pantauan kali ketiga daripada JAM Silam sepanjang tempoh persiapan pembukaan semula PASTI sejak seminggu lalu.