Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Port Dickson siap sedia menghadapi PRU ke-15

92
SHARE

Oleh ABU NURAINI

PORT DICKSON, 2 APRIL: PAS Kawasan Port Dickson (PD) menerima lawatan libat urus Ahli Jawatankuasa (AJK) Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) sebagai tanda kesiapsiagaan PAS menghadapi PRU ke-15 di sini, kelmarin.

Libat urus tersebut melibat semua AJK PAS Kawasan dan ketua-ketua cawangan yang diketuai Yang DiPertua PAS Kawasan PD, Ustaz Abdul Fatah Zakaria.

Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha dalam ulasannya menjelaskan objektif libat urus diadakan adalah untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku di kawasan dan beliau amat berpuashati dengan kesiapsiagaan PAS Port Dickson dalam menghadapi pilihanraya.

Rafiei Muatafa juga mengingatkan 7 perkara hasrat dan arahan yang disebut oleh Presiden PAS, Tuan Guru Tan Seri Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang mesti dilaksanakan oleh ahli PAS terutama pimpinan PAS sendiri.

Antaranya saranan dalam ucapan PJ ialah;
ahli dan pimpinan perlu meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, memperkasa Perpaduan Ummah (MN) dan mempertahankan Perpaduan Nasional (PN), pemimpin mesti memiliki sifat setia dan taat kepada kepimpinan tertinggi,Istiqamah dalam politik, tarbiah dan dakwah.

Tambahnya lagi, kawasan disarankan untuk mengadakan program pengukuhan parti dengan sasaran penambahan ahli baru dengan usaha pemantapan tarbiah dengan mewajibkan kehadiran semua dalam Usrah di semua peringkat termasuk pimpinan parti.

Katanya, “PAS di semua peringkat perlu didedahkan bagaimana cara memantapan organisasi dan juga aktif menambah cawangan di setiap kawasan masing-masing.”

“Setiap kawasan pula perlu menyediakan petugas media sosial atau medsos untuk membawa suara PAS di medan medsos dan saya juga berharap semua ahli PAS wajib melanggan Harakah,” tegas beliau lagi.

Mengakhiri ucapan, beliau menegaskan bahawa setiap kawasan hendaklah mengaktifkan jentera pilihanraya dan bersedia dari sekarang, memandangkan pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.