Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Kawasan PD jana ekonomi dengan jualan kurma

93
SHARE

Oleh TOK MOK

PORT DICKSON, 2 APRIL: Lajnah Ekonomi PAS (LEP) Kawasan Port Dickson (PD) telah memulakan langkah untuk menjana ekonomi parti dengan aktiviti menjual kurma kepada masyarakat khususnya ahli PAS di sekitar bandar Port Dickson semalam.

Ketua Lajnah LEP PD, Fakhrurrazi Yusof memberitahu bahawa 150 kotak kurma jenis Maryami keluaran Syarikat Yusof Taiyoob telah berjaya dijual dalam tempoh seminggu, sebagai permulaan menyambut puasa kedatangan Ramadan yang dijangka akan bermula pada 3 April ini.

Fakhrurrazi mengharapkan agar semua ahli PAS dapat memberi sokongan dan dorongan agar aktiviti ini mampu mengembangkan ekonomi PAS Kawasan PD terutama bagi menambahkan lagi dana kawasan.

Yang Di Pertua (YDP) PAS PD pula berkata, beliau sangat mengharapkan ahli Pas kawasan agar dapat terus membantu dan menyokong setiap aktiviti PAS masuk ke medan masyarakat awam, agar PAS akan lebih dikenali di mata masyarakat.

Katanya, “Ahli-ahli sekalian, bantulah PAS Kawasan PD menjana ekonomi sendiri, kerana apabila kita mempunyai kewangan yang kukuh, pasti pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan terutama aktiviti bersama masyarakat sekeliling.”