Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Sekitar majlis sumbangan Ramadan, MP Masjid Tanah, Mas Ermieyati

195
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 1 Apr : Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin telah menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 60 orang penerima daripada golongan B40 sekitar kawasan parlimen ini.

Setiap penerima membawa pulang wang tunai RM100 dan barangan keperluan harian sumbangan Pusat Khidmat Parlimen Masjid Tanah.

Program yang sepatutnya berlangsung di Masjid As-Salam, Kampung Ayer Hitam Darat ini telah bertukar lokasi ke PASTI Ar-Rahman, Pengkalan Balak, di sini, pagi tadi, dipercayai akibat tekanan politik.

Turut dijalankan ialah bacaan Yasin dan selawat beramai-ramai selain jamuan makan tengah hari.

Antara pimpinan yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Nazri Ramli dan pimpinan-pimpinan Perikatan Nasional tempatan.

Berikut ialah foto-foto menarik yang terakam oleh LENSA-WARM:

Bacaan Yasin dan selawat

● Ucapan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan bergambar bersama hadirin

● Penyerahan bantuan.

Sambutan meriah orang ramai