Home Berita PAS Johor

PAS Pontian: Ziarah Mahabbah Hubung PAS Dengan Penduduk

1726
SHARE

PONTIAN – Siri Program Ziarah Mahabbah anjuran Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parlimen Pontian & DUN Benut telah diadakan di sekitar kawasan Kampung Permatang Duku dan Tampok di Benut pada 25 Disember 2017 lalu.

Antara aktiviti ziarah mahabbah ialah ziarah pemimpin setempat dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Turut hadir bersama menyantuni masyarakat ialah Prof. Dr. Baharom Muhammad, Penyelia PAR P164 Parlimen Pontian dan diiringi oleh Mohd Firdaus Jaffar selaku Penyelia PAR N53 DUN Benut.

Sebelumnya, PAR N53 DUN Benut juga telah menyerahkan sumbangan Jom Naik Sekolah kepada pelajar yang telah dikenalpasti memerlukan bantuan di sekitar Tampok.

Menurut Penyelia PAR N53 DUN Benut, Mohd Firdaus Jaffar, PAS komited membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik dan kaum serta mengharapkan orang ramai terus memberi keyakinan kepada PAS menjadi pemimpin mereka di masa hadapan.