Home Berita PAS Johor

PAS Pontian: Program Gunting Rambut Percuma

1989
SHARE

BENUT- Pusat Aduan Rakyat ( PAR ) Parlimen Pontian dengan kerjasama ( PAR ) Dun Benut telah mengadakan program Gunting Rambut Percuma di Balai Islam Parit Markom pada 30 Disember 2017 lalu.

Program ini memberi keutamaan kepada anak-anak asnaf lelaki di sekitar Benut berumur enam hingga tujuh belas tahun. Jumlah penyertaan seramai 20 orang peserta.

Tujuan program ini adalah untuk meraikan pembukaan persekolahan sesi 2018 yang akan bermula pada 1 Januari di seluruh negeri Johor.

Sementara itu, program ini turut dihadiri oleh, Penyelia Pusat Aduan Rakyat ( PAR ) Parlimen Pontian Prof. Dr Baharom Muhammad serta Penyelia ( PAR ) Dun Benut Mohd Firdaus Jaffar.

Dengan adanya program Gunting Rambut Percuma, ia dapat meringankan bebanan ibu-bapa dalam persediaan anak-anak untuk ke sekolah sesi yang baru.