Home Artikel PAS Johor

PAS Pontian : Karnival Benut Sejahtera 6.0

150 views
SHARE

BENUT – PAS Dun Benut dengan kerjasama Jabatan Pilihanraya Pas Pontian telah menganjurkan Karnival Benut Sejahtera 6.0 pada 31 Januari yang lalu.

Karnival ini telah diadakan bersebelahan taman reakreasi Tampok. Ia mula dikunjungi para tetamu seawal 9.00 pagi. Ia telah dimulakan dengan majlis khatam Al -Quran di rumah ngaji.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti memanah, acara kanak-kanak dan menganyam ketupat untuk kaum ibu.

Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan khidmat penggantian minyak hitam untuk motorsikal secara percuma. Bagi menyerikan karnival, kumpulan Duat Buskers turut menyampaikan persembahan untuk para tetamu.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Penyelia Pusat Aduan Rakyat Parlimen Pontian, Prof. Dr. Baharom Bin Mohamad. Menurut beliau, penganjuran yang telah memasuki edisi keenam mahu memfokuskan ke arah Benut sejahtera iaitu memilih cara hidup berlandaskan syariat islam.

Malah, beliau juga mengucapkan tahniah untuk pihak penganjur dan juga menggalakkan program ini diadakan secara tahunan agar menjadi tarikan utama Tampok Laut. Karnival berakhir dengan aktiviti ziarah al-malak yang terdapat di sekitar Tampok Laut.

Pertandingan meneka berat kelapa sawit.
Pertandingan menganyam ketupat.
Petugas muslimat .
Penyampaian hadiah pertandingan oleh Hjh. Zabidah Bt Hasan.
Penyampaian sumbangan asnaf oleh Prof. Dr Baharom B.Mohamad ( PAR Pas Pontian)
Acara memanah muslimin.
Petugas Unit Amal.
Tetamu muslimat yang hadir.
Para petugas bersama tetamu Non-Muslim yang hadir.
Penyampaian sumbangan asnaf oleh Prof. Dr. Baharom B. Mohamad (PAR Pas Pontian)
Petugas sedang menggantikan minyak hitam motorsikal secara percuma.
Persembahan lagu oleh Kumpulan Duat Buskers.