PONTIAN : Telah berjalan ziarah Al Malak, sembang santai dan tazkirah maghrib pada 7 Januari 2018 yang lalu. Program anjuran JPRD Pulai Sebatang dengan kerjasama UPU Jelutong ini telah bermula jam 9.00 pagi.
Pusat Aduan Rakyat Parlimen Pontian ( PAR ) bersama PAR Dun Pulai Sebatang, telah berkunjung ke pasar tani Pontian bagi menyantuni peniaga sekitar disamping membuat edaran risalah, kalendar dan akhbar Harakah.
Selain itu, ia telah turut dihadiri oleh Penyelia PAR Pontian, Prof. Dr. Baharom Mohamed dan Penyelia PAR Dun Pulai Sebatang, Razali Limat.
Dalam pada itu, antara isu- isu dan keluhan para peniaga pasar tani yang sempat didengari adalah selama 30 tahun permohonan tapak kekal pasar tani Pontian dipandang sepi oleh pihak berwajib. Peniaga terpaksa bersusah payah membuka gerai setiap hari untuk berniaga.