Home Berita PAS Kedah

PAS Pokok Sena santuni mangsa banjir Parlimen Pokok Sena

131
SHARE

Oleh AMIRUL ASYRAF

POKOK SENA, 1 Nov – Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim turun padang bagi menyantuni mangsa banjir sekitar parlimen Pokok Sena.

“Beberapa punca masalah telah dikenal pasti yang menyebabkan terjadinya musibah banjir kali ini, antara punya utama ialah saluran yang tidak diselenggara dengan baik selain hujan lebat yang berpanjangan” katanya ketika ditemui.

Menurut Wan Romani lagi, masalah banjir di Taman Puteri Pekan Pokok Sena sudah mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kedah dan sudah sampai ke fasa terakhir sebelum kerja-kerja baik pulih saliran air dibuat oleh pihak Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) Negeri Kedah.

Beliau juga sempat membuat lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Langgar.

Seramai lebih kurang 27 keluarga akan dipindahkan ke PPS ini.

Turut mengiringi Wan Romani, Timbalan Yang Dipertua PAS Pokok Sena, Syeikh Mohd Rodhi bin Abd Rahman; Naib Yang Dipertua PAS Pokok Sena,YB Salim Mahmood; dan Ketua Pemuda PAS Pokok Sena, Ust Ahmad Hamadah bin Mohd Shauki.

Dianggarkan lebih 500 buah rumah di sekitar Parlimen Pokok Sena telah terlibat dalam banjir buat masa ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam 02011010045508 atas nama PAS KAWASAN POKOK SENA (Sila hubungi Sdr Firdaus 019-4135523 untuk pertanyaan).13:37