Home Berita PAS Pulau Pinang

Mangsa kebakaran di santuni PAS Bukit Mertajam

80
SHARE

BUKIT MERTAJAM, 1 NOVEMBER – PAS Kawasan Bukit Mertajam telah membuat lawatan dan menyantuni mangsa kebakaran di kampung Tasek Junjung hari ini.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Mertajam, Adnan Yusuf hadir bagi menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Beliau juga diiringi oleh Setiausaha PAS Kawasan Shafie Hamid serta beberapa Ahli Jawatankuasa di sini.

Turut serta Ketua Pemuda Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim dan anggota Jabatan Amal Bukit Mertajam yang turut menzahirkan simpati dan rasa sedih di atas kejadian yang menimpa mangsa terbabit.

Menurut mangsa kebakaran Rizawati Mat Rejab 53, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi. “Semasa kebakaran berlaku, rumah dihuni oleh sembilan orang termasuk bayi lima bulan”, katanya.

Beliau berkata, litar pintas disyaki menjadi punca kebakaran yang mula berlaku di bahagian atas rumah mereka yang diperbuat daripada kayu menyebabkan kebakaran itu merebak dengan cepat.

“Kami tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen peribadi, pakaian, serta dua buah motosikal, kini hanya sehelai sepinggang”,

“Sekarang ini kami tidak punyai apa-apa, mengharapkan belas ehsan daripada orang ramai untuk bantu kami bina semula kehidupan. Kami perlukan pakaian dewasa dan bayi”, kata beliau.

Rizawati berkata, kos kerugian yang ditanggung akibat kebakaran itu dianggarkan sebanyak RM 100 ribu.

“PAS Bukit Mertajam amat bersimpati dan turut sama merasa sedih di atas kejadian yang menimpa dan berharap mangsa beserta ahli keluarga dapat bertenang dan bersabar”,

“Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 7021819265 atau hubungi Rizawati di talian 011-14414416 untuk keterangan lanjut,” ujar Adnan Yusuf.