Oleh WAN AMIRUL ASYRAF
POKOK SENA, 19 Nov –PAS Pokok Sena menzahirkan rasa prihatin terhadap derita penduduk Bukit Pinang yang terlibat dengan banjir di sini.
“Sebenarnya, pihak YB Wan Romani yang merupakan YDP PAS Pokok Sena telah mengambil langkah proaktif dengan membuat perbincangan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah bagi menyelesaikan masalah yang membelengu masyarakat disini.”
“Hasil perbincangan telah sampai ke tahap terakhir sebelum kerja-kerja meluaskan sungai dan saliran di kawasan ini akan di mulakan pada awal tahun depan” ulas Syeikh Rodhi Abdul Rahman, Timbalan Yang Dipertua PAS Pokok Sena.
Turut hadir menyampaikan sumbangan keperluan harian, Pegawai Khas ADUN Bukit Pinang, Sdr Mohd Firdaus bin Salleh dan Pengerusi Skuad Prihatin Kedah, Maazallah bin Muhammad.
Menurutnya lagi, kerjasama dari semua pihak sangat baik dalam menyelesaikan masalah banjir disini.
Tambahan pula dengan selesainya masalah saliran di sini, ramai penduduk boleh menarik nafas lega.
Dimaklumkan bahawa masalah banjir disini telah berlaku hampir 30tahun, dan mengangu penduduk setempat menjalankan aktiviti harian terutama para pelajar hendak ke sekolah.